Kini Trending, Lagu Raya Dolla Curi Hati Ramai Pendengar

Jika diawal kemunculan kumpulan DOLLA pada tahun lalu sering dilabel dengan jelmaan BLACKPINK, namun kini semua itu mampu disangkal mereka.

kini trending, lagu raya dolla curi hati ramai pendengar

Mana tidaknya, kumpulan yang dianggotai  empat wanita cantik iaitu Wan Sabrina Wan Rusli atau dikenali, Sabronzo, Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya), Tabitha Ariel Lam Lianne (Tabby) dan Angelina Chai (Angel) kini sudah pun menghasilkan empat lagu.

 

Lagu-lagu Dolla berjudul Dolla Make You Wanna, Impikan, Watch Me Glow dan terbaharu pula lagi raya berjudul Raya Raya Raya nyata menambat hati pendengar masa kini.

kini trending, lagu raya dolla curi hati ramai pendengar

kini trending, lagu raya dolla curi hati ramai pendengar

Lagu raya ciptaan bersama beberapa komposer dan penulis lirik seperti Kalerj, Ajay Amai, Mike Chan, Glow Rush, Nick Arif, Acap Salim dan Somean K-Clique, yang baru sahaja dimuatnaik di Youtube, kini telah menjadi video trending dengan ribuan tontonan.

kini trending, lagu raya dolla curi hati ramai pendengar

Masih mengekalkan identiti mereka dalam kumpulan Dolla, muzik video Raya Raya Raya nampak kemas dan cukup catchy sesuai dengan mood raya ketika pandemik ini.

Setakat artikel ini ditulis, muzik video Raya Raya Raya ini mendapat lebih setengah juta tontonan dan trending #2 di Youtube muzik.

 

Sumber: Youtube Dolla