Sejak baru-baru ini, gerangan bernama Laudya Cynthia Bella sepertinya semakin jarang muncul di pentas hiburan.
Dalam diam, Bella dilaporkan sebenarnya telah lama memikirkan untuk bersara dari kerjaya sebagai artis.
Memetik laporan Merdeka, Bella mendedahkan bahawa dia tidak akan membintangi mana-mana filem lagi seperti dulu.
“Insya-Allah, tiada lagi filem. Mudah-mudahan Allah istiqomah,” kata Bella.
Jelasnya, dia sebenarnya telah lama menyimpan hasrat untuk bersara dari dunia hiburan.
“Memang niat. Insya-Allah, semoga Allah membantu saya,” kata Bella.
“Alhamdulillah fokus masih pada perniagaan,” tambahnya.
Tidak dinafikan, keputusan untuk bersara sebagai artis itu agak sukar memandangkan Bella telah memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan sejak usia 15 tahun lagi sekitar 2003.
Bagaimanapun, pelakon yang kini berusia 34 tahun itu berkata dia tekad untuk beristiqomah terhadap keputusan yang telah diambilnya bagi terus mendalami Islam.
“Bagi saya godaan sentiasa ada di mana-mana dan pada bila-bila masa. Kita mesti memperbetulkan niat,” jelasnya.
Sumber: Merdeka