Melekat Dalam Kepala, Lagu Raya Iman Troye Ada Di Mana-Mana

Setiap tahun menjelangnya Aidilfitri, sudah pasti kita akan dihiburkan dengan lagu raya sama ada dari versi lagu raya klasik sehinggalah kepada versi lagu raya moden.

 

Tahun ini nampaknya lagu raya yang boleh dikatakan menjadi trending dan sering dimainkan di mana-mana jua adalah lagu raya berjudul ‘Pejam Celik Hari Raya’ oleh penyanyi muda, Iman Troye.

melekat dalam kepala, lagu raya iman troye ada di mana-mana

Mana tidaknya, jika anda pernah melawati butik pakaian dalam masa terdekat ini, sudah pasti lagu nyanyian Iman Troye ini akan dimainkan. Begitu juga ketika di dalam pasaraya, pusat membeli belah malah sehingga kepada penjual makanan di bazar ramadan.

melekat dalam kepala, lagu raya iman troye ada di mana-mana

Lagu ciptaan Ezra Kong ini nampaknya sekali lagi menambat hati peminat, selepas berjaya mencuri perhatian pendengar pada tahun 2019 menerusi lagu Bersyukur Seadanya, nyanyian Hael Husaini, yang juga trending ketika itu dan sehingga kini mendapat lebih 9.7 juta tontonan di Youtube.

Menjengah ke ruangan komen muzik video Pejam Celik Hari Raya oleh Iman Troye yang kini mencecah 2.45 juta tontonan, rata-rata pendengar memuji lagu berkenaan hingga ada yang mendakwa ia sudahpun melekat dalam kepala.

melekat dalam kepala, lagu raya iman troye ada di mana-mana

melekat dalam kepala, lagu raya iman troye ada di mana-mana

Sumber: Youtube