10 Kerjaya Ada Demand Pasca Pandemik COVID-19

Ekoran daripada pandemik COVID-19, banyak perubahan dapat kita lihat berlaku dengan sekelip mata. Paling jelas adalah norma baharu kehidupan seperti pemakaian pelitup muka dan juga penjarakan sosial dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini.

 

Selain itu, sektor ekonomi turut terkesan dan menyaksikan banyak pekerja terpaksa menukar bidang masing-masing bagi meneruskan kelansungan hidup. Ramai juga terpaksa bekerja dari rumah atau dimana sahaja dan keadaan ini sudah tidak sama seperti dahulu.

10 kerjaya ada demand pasca pandemik covid-19

Menurut laporan dari World Economic Forum, berikut adalah 10 kerjaya yang bakal menjadi pilihan utama orang ramai pada fasa pasca COVID-19.

 

1. Fasilitator

Tugas fasilitator ketika ini adalah bagi membantu pekerja yang perlu bekerja dari rumah menguruskan cara kerja dengan baik.

 

2. Perundingan kecergasan

Tempoh lockdown yang berpanjang dan tiada kesudahannya, menyebabkan ramai berdepan dengan masalah berat badan.

Maka, sebagai langkah pintas, orang ramai sanggup membayar perunding kecergasan yang mana pemantauan boleh dijalankan secara dalam talian sahaja.

 

3. Pereka hiasan dalaman

Memandangkan pergerakan orang ramai kini terhad, apatah lagi memikirkan mengenai percutian dan terpaksa menghabiskan sebahagian besar dari masa terluang di rumah.

Orang ramai kini sanggup mengeluarkan kos tinggi bagi menjadikan rumah mereka bak 'istana'.

 

4. Kaunselor program XR Immersive

Dengan menggunakan teknologi Realiti Maya (VR) dan Realiti Luasan (AR), program XR Immersive kini semakin mendapat perhatian majikan untuk menjadikan pekerja mereka lebih produktif.

 

5 Arkitek tempat kerja

Arkitek kini mungkin akan lebih futuristik memikirkan persekitaran tempat kerja yang kini lebih menekankan konsep WFH.

Maka bangunan atau pejabat tempat kerja kini barangkali memerlukan pengubahsuaian berskala besar.

 

6. Editor algoritma

Gaya hidup bersandarkan norma baharu yang sebahagian besar kerja atau pembelajaraan bermodulkan secara dalam talian, jadi kerjaya ini difikirkan amat relevan dalam memfokuskan usaha untuk memahami algoritma di media sosial.

Antara fokus algoritma adalah untuk komuniti pada tahun depan di samping memperluaskan jaringan tersendiri.

 

7. Detektif Data

Kerjaya ini menyaksikan peningkatan kira-kira 42 peratus pada suku tahun pertama tahun ini. Tugas mereka antaranya juga membantu syarikat dalam menyiasat data besar.

 

8. Pakar Peramal Siber

Menyedari pelbagai bentuk serangan siber, permintaan terhadap kerjaya itu meningkat sehingga 28 peratus pada suku pertama tahun ini.

Kerjaya ini penting dalam membuat ramalan terutamanya kepada syarikat untuk mengatur keupayaan pengoperasian.

 

9. Arkitek tidewater

Perubahan iklim menyebabkan kenaikan permukaan air laut. Menyedarinya, projek-projek berskala besar muncul sejak kebelakangan ini dan menjadi antara kerjaya paling popular abad ke-21.

Malah indeks CJoF turut mendedahkan permintaan untuk kerjaya ini meningkat sehingga 37 peratus pada suku tahun pertama tahun ini.

 

10. Juruteknik robot

Peningkatan ke atas penggunaan robot menggantikan manusia di tempat kerja menyebabkan permintaan terhadap kerjaya ini meningkat sehingga 50 peratus pada suku pertama tahun ini.

 

Sumber: WEF