Kerja Empat Hari Dalam Seminggu Terbukti Lebih Produktif

Sekumpulan penyelidik di Iceland berjaya membuktikan tempoh empat hari bekerja dalam seminggu sebagai satu kejayaan besar yang mendorong kepada tempoh masa lebih pendek dan meningkatkan produktiviti.

kerja empat hari dalam seminggu terbukti lebih produktif

Percubaan yang dilaksanakan di Iceland antara tahun 2015 hingga 2019, disokong oleh pelaksanaan serupa oleh Microsoft Jepun pada 2019, membuktikan produktiviti pekerja meningkat 40 peratus.

 

Di Iceland, pekerja dibayar gaji sama waktu bekerja lebih pendek dari 40 jam seminggu kepada 35 atau 36 jam dalam seminggu.

kerja empat hari dalam seminggu terbukti lebih produktif

Percubaan empat hari bekerja itu dilakukan oleh Majlis Bandar Raya Reykjavik dengan kerjasama kerajaan Iceland melibatkan 1 peratus tenaga kerja negara itu.

 

Susulan kejayaan itu, sebanyak 86 peratus tenaga kerja di negara itu kini sedang dalam melaksanakan sistem empat hari bekerja tanpa mengurangkan gaji.

 

“Kesejahteraan pekerja  meningkat secara dramatik melibatkan pelbagai penanda aras termasuk kelesuan, kesihatan dan keseimbangan antara pekerjaan dan  kehidupan,” kata Persatuan Kelestarian Demokrasi (Alda).

 

Sumber: USA Today