SYOK Di Sebalik Cermin: Jaa Suzuran Masih Ingat Pekerjaan Pertama

Sekali terdengar nama Jaa Suzuran pastinya akan terbayang personalitinya yang cukup menghiburkan serta sering mencetuskan gelak tawa dalam kalangan pengikutnya dengan celotehnya yang bersahaja.

syok di sebalik cermin: jaa suzuran masih ingat pekerjaan pertama

Namun, di sebalik populariti yang dikecapi pelakon filem Autumn in Wales ini pada hari ini, tersiratnya cerita mengenai titik perjalanannya yang mungkin belum pernah dikongsikan dengan sesiapa sebelum ini.

Perjalanannya untuk bergelar individu yang kini berjaya mengumpulkan lebih dari jutaan pengikut di media sosial sebenarnya bukanlah semudah yang dibayangkan.

Berkongsi cerita mengenai pekerjaan pertamanya menerusi siri terbaru SYOK Di Sebalik Cermin baru-baru ini, kata Jaa, “Saya pernah ambil upah…Pernah tengok batu-bata kan? Kan batu-bata tu sebelum orang ambil, orang akan susun tau. So saya pernah kerja tu RM30 sehari untuk kita susun batu-bata tu bagi dia cantik dekat atas pallet tu. Saya pernah buat.”

 

Tonton SYOK Di Sebalik Cermin bersama Jaa Suzuran: