Jika anda selusuri laman sosial atau sekali imbas senarai rakan anda, pasti anda akan mendapati kebanyakkan wanita dari negeri Che Siti Wan Kembang mempunyai wajah yang sangat jelita dan menawan.
Antara selebriti yang berasal dari negeri ini adalah seperti Neelofa, Emma Maembong dan adik-beradik keluarga Senrose. Selebriti tempatan ini memang sering menjadi perhatian ramai disamping wajah mereka yang begitu menarik perhatian.
Memetik hantaran dari
Wanista, terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kecantikkan wanita di Kelantan iaitu:
1. Faktor keturunan kahwin campur
Antara sebab mengapa kebanyakkan wanita Kelantan memiliki rupa paras yang cantik jelita adalah kerana mereka mempunyai keturunan yang berkahwin campur sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi. Dari situ, lahirlah generasi yang ada rupa paras cantik, putih dan bijak pandai.
2. Menjadikan amalan mandi air basuhan beras
Disebabkan faktor kahwin campur, amalan mandi dengan air basuhan beras menjadi amalan kebanyakkan wanita di negeri ini. Ia membuatkan kulit menjadi tegang, sihat dan gebu. Namun tidak dapat dipastikan sama ada amalan ini masih menjadi ikutan generasi muda masa kini atau sebaliknya.
3. Sering makan buah-buahan, ulam dan air suam
Dikatakan salah satu kunci rahsia wanita Kelantan mempunyai kulit bersih, cerah dan sihat adalah kerana amalan pemakanan yang menjadikan buah-buahan, sayur-sayuran serta air suam sebagai satu makanan wajib mereka. Kita pun tahu makanan ini kaya dengan nutrisi untuk kulit kan?
Dengan sebab-sebab yang dinyatakan diatas, tidak hairanlah mengapa wanita dari negeri Kelantan memiliki rupa paras yang jelita dan ayu. Namun, tidak dinafikan wanita dari negeri lain juga mempunyai daya tarikan mereka tersendiri.
Sumber:
Wanista