Lagu Raya Trending Tahun Ini, Iman Troye Luah Rasa Gembira

Sejak daripada awal bulan Ramadan yang lalu sudah kedengaran lagu raya yang boleh dikatakan trending tahun ini.

lagu raya trending tahun ini, iman troye luah rasa gembira

Lagu berjudul Pejam Celik Hari Raya nyanyian penyanyi berusia 18 tahun ini bukan sahaja kedengaran di corong radio, malah ia sering dimainkan di pusat membeli-belah dan dimana-mana jua menjelangnya Aidilfitri.

 

Penyanyi lagu tersebut, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali dengan nama panggilan Iman Troye meluahkan rasa gembira dengan sokongan yang diberikan oleh peminat terhadap lagu ciptaan Ezra Kong ini.

lagu raya trending tahun ini, iman troye luah rasa gembira

“Kalau ikutkan kami keluarkan lagu raya ini buat peminat sementara mereka menantikan lagu baharu saya, tetapi saya tidak sangka ia mendapat sambutan hangat dari pendengar.

“Saya sangat gembira dengan sokongan yang diberikan, lebih-lebih lagi bila pergi mana-mana dengar mereka pasang lagu Pejam Celik Hari Raya, buat saya lebih gembira sebab ramai yang menerima lagu ini,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambahnya lagi, walaupun ini adalah pengalaman pertama dirinya menyambut hari raya sebagai seorang penyanyi, perasaan teruja menyambut Aidilfitri tetap ada meskipun dalam tempoh PKP di seluruh negara.

 

Selain itu, Iman Troye juga bakal melancarkan lagu single keduanya tidak lama lagi.

 

Sumber: Astro AWANI