Gadis Kecil Di China Ini Lindung Anjing Yang Ketakutan Akibat Bunga Api

Setiap kali perayaan, ramai antara kita pastikan akan ternanti-nantikan letupan bunga api di langit yang turut memeriahkan sambutan.

gadis kecil di china ini lindung anjing yang ketakutan akibat bunga apo

Namun, sementara kebanyakan kita kagum dengan percikan bunga api, ia adalah bertentangan untuk kebanyakan haiwan termasuk anjing berikutan bunyi kuatnya dan letupannya tidak dapat diramalkan.

Apa yang dilakukan oleh gadis kecil ini untuk melindungi anak anjingnya yang ketakutan akibat bunga api telah menyentuh hati ramai wargamaya.

Semasa sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, seorang kanak-kanak di China melihat rakan bulunya ketakutan kerana mendengar bunyi bunga api.

Apa yang berlaku seterusnya membuatkan ramai wargamaya menjadi “aww”, yang mana dia melangkah untuk menutup kedua-dua telinga rakan bulunya itu demi melindungi ia.

Pada 31 Januari, bunga api dinyalakan di Gaoan, sebuah bandar di wilayah Jangxi di China, sebagai sebahagian daripada perayaan Tahun Baru Cina tempatan.

Satu video menunjukkan anjing tersebut mempunyai riak wajah risau yang jelas menunjukkan ketakutannya.

Gadis kecil yang berdiri di sebelah anjing itu kemudian menyedari betapa takutnya anjing tersebut dan perlahan-lahan membelai kepalanya.

Dia kemudian membongkok dan menutup telinga anjing itu bagi melindunginya daripada bunyi yang kuat.

Video itu serta-merta menjadi tular di Douyin yang mana ia juga telah disiarkan semula ke platform media sosial lain.

Dalam video itu, ibu gadis itu kedengaran berkata bahawa dia akan menutup telinga anak perempuannya apabila bunga api berbunyi.

“Saya akan memberitahunya bahawa ibu ada di sini, jangan takut,” kongsi ibu itu.

Dia terus berkata bahawa anak perempuannya mungkin mahu melindungi anjing yang ketakutan itu dengan cara sama.

Ramai wargamaya menitipkan pujian kepada gadis kecil itu.

Seorang pengguna menulis ayat yang menyentuh hati dari sudut pandangan anjing itu yang berbunyi, “Anda melindungi saya seketika, saya akan melindungi awak seumur hidup.”

 

Sumber: [1]