Salah seorang anggota kumpulan Bukan Bintang Biasa, Dimas Beck mengakui Laudya Cynthia Bella adalah wanita idamannya dan turut menyayangi pelakon berkenaan.
Menerusi video YouTube Nikita Mirzani baru-baru ini Dimas berkata Bella adalah seorang wanita yang baik dan mereka pernah melalui pelbagai cabaran bersama.
"Saya benar-benar menyayanginya. Kami sudah melalui pelbagai cabaran bersama kerana sudah lama mengenali antara satu sama lain," katanya.
Pelakon dari negara seberang itu pernah juga digosipkan dengan Bella, namun mereka menafikan hubungan selama 15 tahun itu sambil memaklumkan mereka sekadar sahabat baik.
Dimas sebelum ini jarang berkongsi kisah peribadinya kepada umum, manakala Bella kini masih belum menemui pengganti selepas berpisah dengan Engku Emran pada Julai tahun lalu.
Sumber: Liputan6