Bulan Ramadhan ni memang banyak cerita menarik berkenaan buka puasa kan? Kalau di Malaysia, antara yang selalu berlaku ialah berbuka dalam kenderaan sebab terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Ada juga yang terpaksa berbuka bawah jambatan sebab hujan lebat kan? Haa, penunggang motosikal faham la perasaan ni.
Lain pula ceritanya kalau kita ni atlet. Walaupun bulan puasa, kena la berlatih jugak kan? Bercakap mengenai atlet ni, ada kisah menarik berlaku di Turki. Perlawanan Liga Divisyen 1 negara itu antara pendahulu, Giresunspor dengan Ankara Keciorengucu baru masuk minit ke-10 apabila ada kecederaan berlaku.
Pengadil pun memberhentikan perlawanan untuk membolehkan pemain yang cedera itu mendapatkan rawatan. Sedang perlawanan dihentikan tu, azan maghtib pun berkumandang. Maka, pemain kedua-dua pasukan pun terus la berbuka puasa. Tapi tak adalah diorang makan nasi tomato ke ayam percik macam kita kat rumah. Diorang makan kurma, pisang dan minum air je la.
Rezeki mereka la dapat berbuka dengan sedikit tenang. Kalau tak, mereka ni terpaksa curi-curi keluar padang untuk minum air dan makan sedikit untuk berbuka. Kita yang berbuka di rumah dengan keadaaan selesa ni kena bersyukur sebab boleh makan macam-macam. Cuma janganlah sampai tahap membazir ok?
Dulu masa kecik-kecik, pernah lah main bola dengan kawan-kawan masa bulan puasa. Tengah syok main, azan Maghrib pun berkumandang dan semua yang main ni terus la lari balik rumah sebab nak berbuka. Tapi sebelum berbuka, dapat lah jugak ‘hadiah’ daripada mak dan ayah sebab lambat balik rumah. ‘Hadiah’ tu sebagai peringatan la untuk kita tak buat lagi. Hahaha. Esok nya jumpa kawan-kawan yang sama dekat padang, semua pun mengaku dapat ‘hadiah’ yang sama sampai berbirat belakang badan dan kaki. Hahahah!
Oleh: Karami Kamel