Dari Bilik Tidur Ke Anugerah Grammy, Billie Eilish Buktikan Nak Berjaya Tak Perlu Tunggu Perfect

dari bilik tidur ke anugerah grammy, billie eilish buktikan nak berjaya tak perlu tunggu perfect

Billie Eilish, seorang gadis yang berusia 18 tahun dan telah mencipta nama apabila memenangi anugerah paling berprestij untuk industry muzik, Grammy Award.

Baru-baru ini, Billie Eilish telah menggondol 6 Anugerah Grammy. Apa yang mengagumkan beliau juga memenangi anugerah utama iaitu Album Of The Year, Song of The year dan Record Of The Year.

Tapi, korang tau tak album When We Fall Asleep Where Do We Go? tu dihasilkan di bilik tidur dan dengan kos tak sampai $3000 pun?  

Billie Eilish menghasilkan album tersebut bersama abangnya Finneas O’Connell. Mereka menjadikan bilik tidur rumah mereka sebagai studio. Menurut abangnya dalam bilik tersebut ada beberapa alat muzik, antaranya;

  • Yamaha HS5 Nearfield Monitors — $200
  • Yamaha H8S Subwoofer — $450
  • Universal Audio Apollo 8 — $1,000-$2,000 (depending on if used or new)
  • Apple Logic Pro X — $199
  • Audio Technica AT2020 Mic — $99

Kalau dilihat pada equipment mungkin tak nampak seperti sebuah studio professional. Tapi, semua itu disangkal apabila Finneas turut menerima anugerah Best Engineered Album, Non-Classical.

Jadi, Billie Eilish dan abangnya telah membuktikan kepada dunia bahawa kalau nak berjaya korang tak perlu nak tunggu semuanya nampak professional atau sempurna. Cukup sekadar dengan basic equipment dan pengetahuan, korang pun boleh cipta sejarah dan menempa nama seperti mereka berdua.

Sumber: Digital Music News