Bella Hadid Mengaku Sanggup Hilang Pekerjaan Model Demi Palestin

Model ternama dunia, Bella Hadid berkata dia tidak takut kehilangan pekerjaan model demi meneruskan sokongannya terhadap perjuangan Palestin.

bella hadid mengaku sanggup hilang pekerjaan model demi palestin

Bella, yang merupakan anak kepada Mohammad Hadid, anak pemaju hartanah Palestin-Amerika dan Yolanda Hadid, model kelahiran Belanda, berkongsi mengenai warisan Muslim/Palestin yang mengalir dalam dirinya menerusi satu temu bual bersama majalah GQ baru-baru ini.

Menurut Bella, dia hanya mampu berharap untuk membesar dalam suasana budaya Muslim dan agama Islam ketika kecil dulu. Namun, segalanya hanya tinggal harapan selepas kedua-dua ibu bapanya bercerai pada 2000.

“Saya sangat ingin membesar dan bersama ayah saya setiap hari dan belajar serta benar-benar mengamalkan Islam, secara amnya dapat hidup dalam budaya Muslim. Tetapi saya tidak mendapat peluang itu,” katanya.

Bella yang berusia 25 tahun juga mengaku bahawa terdapat banyak syarikat yang telah memilih untuk berhenti mendapatkan khidmatnya sebagai model. Pun begitu, ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan Palestin.

“Saya mempunyai begitu banyak syarikat yang berhenti bekerja dengan saya,” katanya.

Adik kepada Gigi Hadid itu bagaimana terus aktif menggunakan media sosial bersama selebriti lain untuk berkongsi mesej tanda sokongan kuat terhadap rakyat Palestin. Dia juga pernah menyertai perarakan pro-Palestin bersama orang ramai di New York City pada tahun lalu.

 

Sumber: Daily Sabah