Kena Betulkan Diri Dulu, Azira Shafinaz Jawab Soalan Bila Nak Bertudung

Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz memohon doa orang ramai agar suatu hari nanti dia akan berhijab.

kena betulkan diri dulu, azira shafinaz jawab soalan bila nak bertudung

Memetik laporan berita tempatan, Azira, 30, berkata beliau tidak mahu perubahan itu berlaku secara drastik, sebaliknya mementingkan naluri dan niat sebelum melakukan sesuatu.

kena betulkan diri dulu, azira shafinaz jawab soalan bila nak bertudung

"Kalau untuk saya tentu saja nak terbaik untuk diri. Saya hanya harap orang ramai doakan yang terbaik untuk saya yang mana satu hari nanti akan berhijab. Ia ambil masa. Bagi saya apabila kita nak buat sesuatu perkara, saya tidak mahu ia secara drastik dan terus pakai.

"Saya berasa naluri dan niat sangat penting. Kita kena betulkan diri kita. Mesti pernah terdetik, tapi mungkin belum sampai waktu saya berhijab. Harap orang ramai akan mendoakan untuk saya," katanya.

 

Beliau yang kini melakonkan watak penting dalam filem Penunggang Agama, tayangan Astro First turut menjawab soal jodoh, ketika dirinya kini menjangkau usia 30 tahun.

kena betulkan diri dulu, azira shafinaz jawab soalan bila nak bertudung

"Kahwin, lambat lagi. Bagi saya jodoh di tangan Tuhan. Saya tak boleh nak cakap apa. Dengan yang lama masih berkawan. Buat masa sekarang, saya sibuk dengan kerjaya. Banyak lagi nak buat. Saya ada banyak perkara lagi nak tunjuk bakat dalam industri hiburan," katanya.

 

Azira turut meletakkan segalanya kepada rezeki, tanpa mengira status individu itu sudah berkahwin mahupun sebaliknya.

kena betulkan diri dulu, azira shafinaz jawab soalan bila nak bertudung

Dalam pada itu, beliau yang juga ahli kumpulan De Fam berkata mereka kini sedang berehat seketika sebelum tampil dengan single dengan lagu baharu yang sesuai, dan matang berbanding sebelum ini.

 

Sumber: [1]