Sanggup Ambil Lesen Menyelam Demi Cari Isteri Hilang Akibat Tsunami 2011

Pada 11 Mac 20211, satu kejadian gempa bumi Tōhoku berukuran 9.0 skala Richter telah berlaku, yang mana ia menyebabkan kejadian tsunami hingga mengorbankan banyak nyawa dan juga kerosakkan harta benda.

sanggup ambil lesen menyelam demi cari isteri hilang akibat tsunami 2011

Jepun antara negara yang terjejas teruk akibat kejadian itu, yang mana turut menyebabkan seorang lelaki dan juga suami, Yasuo Takamatsu kehilangan isterinya, Yuko.

sanggup ambil lesen menyelam demi cari isteri hilang akibat tsunami 2011
 
Meskipun lebih sedekad telah pun berlalu, Takamatsu tidak putus asa meneruskan pencarian isterinya yang hilang dibadai tsunami, hinggakan beliau sanggup mengambil lesen menyelam.

sanggup ambil lesen menyelam demi cari isteri hilang akibat tsunami 2011
 
Pada mulanya, Takamatsu mencari isterinya itu dikawasan darat, dan meneruskan ke kawasan pergunungan dan sekitarnya. Sejak dari itu jugalah, beliau tidak langsung pula menemui jasad isterinya, membuatkan beliau nekad mencari dalam lautan.
 
“Saya akan menyelam seperti saya akan bertemu dengannya di satu tempat.
“Saya sering berfikir bahawa dia mungkin berada di kawasan berhampiran,” katanya.
 
Setakat ini, beliau hanya menemui album gambar, pakaian, komponen kereta, televisyen dan peralatan dalam rumah, dan bukan isterinya.

sanggup ambil lesen menyelam demi cari isteri hilang akibat tsunami 2011
 
Tambahnya lagi, kiriman mesej terakhir yang dihantar isterinya berbunyi, “Awak OK? Saya mahu pulang ke rumah”
 
sanggup ambil lesen menyelam demi cari isteri hilang akibat tsunami 2011

Jadi, beliau yakin isterinya itu masih mahu pulang ke rumah, walaupun ia sudah lebih sedekad berlalu.

 
Sumber: Republic World