Wanita Pejuang Kanser Berjaya Buat Simon Cowell Titis Air Mata

Sesiapa yang gemar melayani rancangan-rancangan realiti popular pastinya sudah tahu akan personaliti Simon Cowell yang sering dilihat sebagai ‘berhati batu’ dan tegas dengan pendiriannya setiap kali memberikan kritikan.

wanita pejuang kanser berjaya buat simon cowell titis air mata

Namun, baru-baru ini, menerusi satu sedutan dari America’s Got Talent yang kini trending di YouTube, seorang wanita yang juga merupakan pejuang kanser, berjaya membuatkan juri berusia 61 tahun itu menitiskan air mata jantannya hingga sukar untuk berkata-kata.

Wanita tersebut bernama Jane Marczwekski, namun lebih dikenali sebagai Nightbirde, 30.

Ketika ditanya mengenai pekerjaannya oleh barisan juri, wanita tersebut mengungkapkan dia sudah lama tidak bekerja kerana sel kanser yang semakin merebak ke seluruh badannya.

Jawapan tersebut kemudian membuatkan salah seorang juri iaitu Howie Mandel tersentak hingga mengeluarkan pertanyaan, “Jadi...kami tidak baik-baik sahaja?”

Namun, Nightbirde tetap sahaja dengan jawapan optimisnya, “Baiklah, (tetapi) tidak dalam segala hal, tidak.”

wanita pejuang kanser berjaya buat simon cowell titis air mata

Dia kemudiannya menyanyi lagu ciptaannya sendiri yang mana suaranya berjaya membuatkan keseluruhan barisan juri dan penonton terpegun.

Simon kemudian memberi komen yang penuh emosi dengan mengatakan, “Suara anda sangat menakjubkan, benar-benar menakjubkan. Ada sesuatu tentang lagu itu, yang mana kamu dengan santai memberitahu kami apa yang sedang kamu lalui...”

Nightbirde kemudian mengungkapkan ayat yang membuatkan Simon menangis, “Anda tidak boleh menunggu sehingga hidup tidak sukar lagi untuk memutuskan menjadi bahagia.”

Tersentuh, Simon kemudian mengatakan, “Saya tidak akan memberikan ya – saya akan beri yang lain!”, yang mana dia kemudiannya menekan Golden Buzzer yang hanya diperoleh segelintir peserta yang dianggap benar-benar layak dan berbakat dalam rancangan tersebut.

Perkara tersebut membuat Nightbirde terharu hingga Simon datang untuk memeluknya.

“Saya mempunyai peluang sebanyak 2% untuk bertahan hidup, namun 2% bukan 0%. 2% adalah sesuatu, dan saya berharap orang ramai tahu betapa ia menakjubkan,” ujar Nightbirde setelah dia selesai menjalani uji bakat tersebut.

 

Sumber: [1]