Wanita Meninggal Selepas Menolak Bantuan Alat Pernafasan Untuk Diberi Kepada Mereka Yang Lebih Memerlukan

wanita meninggal selepas menolak bantuan alat pernafasan untuk diberi kepada mereka yang lebih memerlukan

Seorang wanita berusia 90 tahun dari Belgium telah meninggal dunia selepas beliau menolak untuk diberikan bantuan alat pernafasan.

Suzanne Hoylaerts meminta agar alat tersebut diberikan kepada mereka yang masih muda dan lebih memerlukan.

Suzanne telah ditahan di hospital selama dua minggu apabila beliau mula mengalami sesak nafas dan kurang selera makan. Selepas menjalani ujian saringan, wanita itu didapati telah positif virus koronavirus.

Ketika doktor cuba memberinya bantuan alat pernafasan, beliau telah menolak dengan baik.

“Saya tak mahu gunakan alat ini. Berikan kepada pesakit yang masih muda. Saya sudah pun menjalani kehidupan yang indah.”

Wow, hebatnya pengorbanan wanita ini! Tak semua orang sanggup melakukan perkara sedemikian kan?

Sumber: MIRROR