Wanita Dominasi Organiasi Penting Dalam Negara

Semakin hari kita dapat lihat kaum wanita terus diangkat ke peringkat yang lebih tinggi. Malaysia antara negara yang memberi pengiktirafan kepada kemampuan kaum wanita. Perkara ini dapat dibuktikan apabila wanita memegang jawatan-jawatan penting dalam organisasi penting.

Jadi, kami nak kongsi dengan korang 3 wanita yang memegang jawatan penting negara:

 

1. Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat- Ketua Hakim Negara

wanita dominasi organiasi penting dalam negara

Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun merupakan wanita pertama yang memegang jawatan terpenting dalam bidang kehadkiman tersebut. Beliau mula menjawat jawatan tersebut pada 2 Mei 2019.

 

2. Datuk Nor Shamsiah binti Mohd Yunus- Gabenor Bank Negara

wanita dominasi organiasi penting dalam negara

Datuk Nor Shamsiah memegang jawatan terpenting dalam kewangan negara berkuatkuasa pada 1 Julai 2018. Kalau korang tengok dekat duit korang, haaa beliau lah yang tandatangan pada kertas berharga itu.

 

3. Senior Assisten Komisioner, Normah Ishak- Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman

 

Wanita ini mula menjawat jawatan tersebut pada 8 Mac 2019. Beliau mula menyertai pasukan polis pada tahun 1991 dan merupakan seorang yang berani, bijak, berkelayakan tinggi serta berintergriti tinggi. Beliau merupakan wanita pertama yang menjawat jawatan itu.

 

Sumber: Portal Kehakiman   Bank Negara Malaysia   Sinar Harian