Terharunya Apabila Ketua Pengarah Kesihatan Balas Surat Persahabatan Pelajar Perempuan Darjah Tiga

terharunya apabila ketua pengarah kesihatan balas surat persahabatan pelajar perempuan darjah tiga

Seorang pelajar perempuan darjah tiga dari Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Lara Khadijah McAfee telah menulis sepucuk surat kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Bersama surat itu, pelajar tersebut menyertakan seutas gelang persabahan atau Loom Bands untuk diberikan kepada Dr Noor Hisham. Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Dr Noor Hisham atas keprihatinan menjaga rakyat Malaysia.

Setelah itu, Dr Noor Hisham telah membalas surat pelajar perempuan terbabit. Beliau menyatakan bahawa gelang persahabatan itu dipakai oleh cucu perempuannya. Selain itu, Dr Noor Hisham menyatakan bahawa segala kejayaan yang diperoleh adalah kerjasama daripada pasukannya.

Dr Noor Hisham juga sempat berpesan kepada kanak-kanak perempuan tersebut supaya belajar bersungguh-sungguh.

Kedua-dua pucuk surat ini telah dimuat naik oleh abang kepada kanak-kanak perempuan terbabit melalui akaun twitternya, @imancullen_. Rata-rata netizen menyatakan rasa terharu akan kedua-dua surat terbabit.

 

Sumber: twitter @imancullen_