Taecyeon 2PM Dedah Sebab Lepaskan Status Penduduk Tetap A.S. Demi Sertai Tentera

Terbaru, kumpulan K-Pop 2PM membuat penampilan sebagai tetamu jemputan menerusi rancangan televisyen Knowing Bros, bersempena dengan kemunculan semula mereka.

taecyeon 2pm dedah sebab lepaskan status penduduk tetap a.s. demi sertai tentera

Dalam episod tersebut, Taecyeon mendedahkan sebab mengapa dia berkeputusan melepaskan status penduduk tetap Amerika Syarikat miliknya demi mendaftar masuk perkhidmatan ketenteraan di Korea Selatan.

Ketika kesemua anggota 2PM selesai bercerita mengenai pengalaman mereka berkhidmat dalam bidang ketenteraan, Taecyeon menambah, “Saya makan banyak kerana ada banyak makanan di situ. Otot saya terus bertambah dan saya mencapai 99kg. Saya kini telah menurunkan berat badan sekitar 18kg.”

Salah seorang hos rancangan tersebut iaitu Min Kyung Hoon, bagaimanapun bertanya kepada Taecyeon, “Mengapakah anda melepaskan status penduduk tetap anda di Amerika Syarikat untuk mendaftar masuk tentera?”

Jawab Taecyeon, “Setelah lama mempromosikan (sebagai artis), saya menerima sokongan yang begitu banyak daripada orang ramai. Saya merasakan bahawa ini adalah kewajipan yang saya harus lakukan.”

Tambahnya lagi, “Ketika kami mengadakan konsert di Amerika Syarikat, dulu saya boleh pergi begitu sahaja, namun sekarang saya harus berkunjung ke kedutaan terlebih dahulu dan diwawancara untuk mendapatkan visa.”

Pada 2017, Taecyeon melepaskan status penduduk tetapnya di Amerika Syarikat dan secara sukarelanya mendaftar untuk perkhidmatan ketenteraan di Korea Selatan.

 

Sumber: [1]