Pelakon drama popular Start-Up, Yoo Su Bin membuat penampilan sulungnya dalam program realiti terbaru, iaitu Master in the House.
Dalam program tersebut, dia berkongsi mengenai kehidupan hariannya di rumah sambil disaksikan barisan hos yang juga menerajui sama program itu.
Dalam episod pertamanya itu, Yoo Su Bin sempat membuat panggilan telefon kepada seseorang yang digelarnya ‘Bae Boss’, yang ternyata ialah Bae Suzy, iaitu teraju bersama drama Start-Up.
Ketika mereka berborak dalam panggilan telefon terbabit, Yoo Su Bin mengajukan pertanyaan mengenai pelakon popular Lee Seung Gi kepada Suzy, “Kamu pernah bekerja dengan Lee Seung Gi, kan?”
Suzy kemudian dengan senang hatinya menjawab, “Lee Seung Gi suka dipuji.”
Yang Se Hyung yang menonton segmen tersebut kemudian bersetuju dan berkata, “Semua orang suka dipuji, tetapi Lee Seung Gi sangat menyukainya.”
Terdahulu, Suzy dan Lee Seung Gi pernah membintangi drama Vagabond pada 2019. Sementara itu, Yoo Su Bin pernah berkongsi pengalaman bekerjasama dengan pelakon jelita itu menerusi drama Start-Up yang meledak popularitinya pada tahun lalu.
Sumber: [1]