Selama 11 tahun bergiat aktif dalam Running Man, Song Ji Hyo akui bahawa program tersebut tidak hanya membawa kegembiraan kepadanya, tetapi juga kesakitan yang disifatkannya sebagai luar biasa.
Dalam temu ramah bersama sebuah stesen radio Korea yang diadakan pada baru-baru ini, Ji Hyo meluahkan segala isi hatinya mengenai kesukaran yang dihadapinya sepanjang bergelar anggota Running Man.
Akui Ji Hyo, bahagian lututnya menyebabkannya berasa sakit.
Manakan tidak, sejak bermulanya program terbabit pada 2011, kesemua anggota Running Man sering kali dihadapkan dengan cabaran yang memerlukan mereka melakukan aktiviti berlari.
Tambah Ji Hyo, ketika dia bermula sebagai salah seorang anggota Running Man, dia hanya berusia 30 tahun (usia Korea) dan kini dia sudah pun berusia 41 tahun.
Ia secara tidak langsung turut menandakan bahawa bintang Running Man itu telah terlibat dalam pelbagai aktiviti fizikal yang cukup mencabar sepanjang tempoh 11 tahun terbabit.
Sumber: [1]