Song Hye Kyo Kongsi Gambar 'Sweet' Bersama Pelakon Yoo Ah In

Sejak mengumumkan hubungan perkahwinannya bersama Song Joong Ki telah berakhir sekitar dua tahun lalu, nama selebriti jelita Song Hye Kyo sering dikaitkan bersama pelakon Yoo Ah In.

song hye kyo kongsi gambar 'sweet' bersama pelakon yoo ah in

Terbaru, pelakon berusia 39 tahun itu memuat naik foto berdua bersama Yoo Ah In kepada 11 juta pengikut di Instagram miliknya yang mana dalam foto tersebut, mereka kelihatan begitu gembira sambil bermain dengan anjing peliharaan Song Hye Kyo.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hyekyo Song (@kyo1122)

 

Coret Song pada foto tersebut, “Yoo Ah In yang hebat.”

Sebagai perkongsian, kedua-dua pelakon tersebut berkongsi agensi pengurusan sama dan cukup terkenal dengan keakraban mereka.

Terdahulu, Yoo Ah In pernah mengejutkan Song Hye Kyo dengan menghantar trak kopi di set penggambaran untuk drama terbarunya.

Dalam perkembangan lain, Song Hye Kyo kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk drama terbarunya sementara Yoo Ah In pula baru-baru ini disahkan bakal membintangi filem terbaru berjudul Seoul Vibe.

 

Sumber: [1]