Biarpun di usia 72 tahun, seorang warga emas bernama Yang Xin Min ini ternyata memiliki tubuh badan yang membuatkannya kelihatan segak dan muda.
Berasal dari China, warga emas ini mencuri perhatian ramai menerusi penampilannya yang kelihatan begitu segak sekali, seolah-olah orang muda.
Menerusi satu temu ramah dengan media tempatan, Yang mengatakan bahawa dia selalu memeriksa kesihatannya dengan pihak doktor.
“Doktor saya mengatakan bahawa saya tidak kelihatan berusia lebih dari 60 tahun. Mereka juga mengatakan bahawa kepadatan tulang saya membuatkan saya kelihatan seperti berumur 30 tahun,” katanya.
Yang juga sempat berkongsi petua mengenai gaya hidup sihat yang dijalaninya.
Menurutnya, dia terbiasa bangun ketika matahari mulai terbit dan kembali tidur saat matahari terbenam.
Seterusnya, dia akan menyediakan tomato, timun, telur, oatmeal, dan dada ayam untuk sarapan yang mana menu tersebut telah diamalkannya secara konsisten selama 10 tahun.
Dalam satu temu ramah lain bersama South China Morning Post, Yang mendedahkan bahawa dia berasa termotivasi oleh Arnold Schwarzenegger yang merupakan seorang pembina badan popular dari Amerika Syarikat.
Sejak melihat Schwarzenegger, dia memutuskan untuk berbuat sedemikian secara teratur sejak 1984.
Yang kemudian menjadi antara pembina badan terawal di China dengan salah satu pencapaiannya adalah memenangi tempat pertama dalam kejuaraan Asia pada 1998.
Di samping itu, dia juga pernah menduduki tempat keempat pada 2015 Arnold Classic USA bagi sarjana bina badan lelaki.
Kini, rutin harian Yang termasuklah berjalan setiap pagi dan mengangkat berat pada waktu petang selama satu setengah jam.
Baginya, sukan merupakan salah satu bahagian terpenting dalam hidup dan dia turut menyimpan hasrat untuk menjadi jurulatih.
“Saya ingin merekrut calon dan menyimpan impian untuk membina juara dunia,” katanya.
Sumber: [1]