Sering Dikaitkan Bersama, Song Joong Ki Beri Kejutan Istimewa Pada Jeon Yeon Bin!

Sejak kebelakangan ini, nama Song Joong Ki sering kali dikaitkan dengan pelakon wanita Jeon Yeon Bin.

sering dikaitkan bersama, song joong ki beri kejutan istimewa pada jeon yeon bin!

Manakan tidak, pasangan pelakon popular itu mula akrab menerusi satu drama popular yang dibintangi mereka sebagai terajun utama sehingga membuatkan ramai peminat di luar sana berharap untuk melihat mereka bersama sebagai pasangan kekasih sebenar di luar lokasi penggambaran.

Baru-baru ini, kedua-dua pelakon itu sekali lagi mencetuskan kegembiraan dalam kalangan peminat mereka apabila Song Joong Ki didapati membuat ‘kejutan’ istimewa khusus untuk pelakon jelita itu di set penggambaran drama terbarunya.

sering dikaitkan bersama, song joong ki beri kejutan istimewa pada jeon yeon bin!

Jeon Yeon Bin berkongsi mengenai ‘kejutan’ tersebut menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Instagram Story. Kejutan tersebut berupa trak kopi dan trak ais kisar.

sering dikaitkan bersama, song joong ki beri kejutan istimewa pada jeon yeon bin!

Tulisnya pada salah satu foto tersebut yang memperlihatkan dirinya bersama krew drama terbabit, “Semua orang dalam pasukan ini sangat gembira. Joong Ki sunbaenim, telah menghantar sebuah trak kopi...sebuah trak ais kisar! Terima kasih banyak!”

Dalam satu lagi Instagram Story miliknya, pelakon jelita itu menyelitkan ‘tag’ akaun Instagram Song Joong Ki pada foto cawan kopi yang dihiasi pelekat yang berupa gambarnya sendiri.

 

Sumber: [1]