Seorang Bapa Bina Pentas Graduasi Pada Ruang Parking Kereta Demi Anaknya

seorang bapa bina pentas graduasi pada ruang parking kereta demi anaknya

Parents mana yang tak bangga kan melihat anaknya menggengga segulung ijazah. Bukan senang nak membesarkan seorang anak sehingga berjaya.

Begitulah yang ditunjukkan oleh seorang bapa kepada anak perempuannya yang telah berjaya meraih segulung ijazah. Disebabkan COVID-19, jadi majlis graduasi anaknya tidak dapat berjalan seperti yang telah dijadualkan.

Namun, si bapa telah membina sebuah pentas, podium dan mereka yang hadir perlu memakai jubah graduasi sebagai meraikan kejayaan anaknya yang memperoleh ijazah daripada sebuah university di Louisiana. Lelaki tersebut telah membina pentas graduasi pada ruang parking kereta di hadapan rumahnya.

Lebih menarik lagi, upacara yang diadakan sempurna seperti sebuah majlis graduasi di mana mereka menyanyikan lagu kebangsaan, terdapat ucapan dan juga pemberian ijazah.

Gabrielle telah berjaya meraih Ijazah dalam juruskan Sains Kesihatan Awam dengan minor dalam Biologi.

Begitulah semangatnya seorang ayah apabila anaknya telah meraih kejayaan. Jadi, hargailah ayah korang selagi mereka masih ada.

Sumber: Because Of Them We Can