Selebriti popular, Selena Gomez mengakui pernah terdetik dalam hatinya untuk berhenti bergelar penyanyi.
Pengakuan tersebut dibuat menerusi temu ramahnya bersama majalah Vogue edisi April 2021.
Ujarnya, “Sukar untuk saya terus membuat muzik apabila orang menganggap saya tidak serius. Saya pernah mengalami saat-saat yang mana saya berasa, ‘Apa gunanya? Mengapa saya terus melakukan perkara ini?’”
Lanjutnya lagi, lagu “Lose You to Love Me” merupakan lagu terbaik yang pernah dikeluarkan olehnya.
Namun, tetap juga ada orang yang merasakan bahawa karya tersebut masih belum mencukupi.
Meskipun begitu, Selena tetap terus memilih untuk bersyukur.
Luahnya, “Saya rasa ada banyak orang yang menikmati muzik saya, dan untuk itu saya sangat bersyukur, untuk itu saya terus melangkah.
“Tetapi saya rasa lain kali saya membuat album, ia akan berbeza.
“Saya mahu mencuba berbuat demikian untuk kali terakhir sebelum saya mungkin berhenti membuat muzik.”
Januari lalu, Selena buat julung kalinya, mengeluarkan single Bahasa Sepanyol yang berjudul “De Una Vez” setelah hampir 12 tahun berkecimpung dalam industri muzik.
Pada 2009, Selena mengeluarkan album debut Kiss & Tell menerusi band Selena Gomez & the Scene.
Sumber: CNN