Selebriti Malaysia Zahir Doa Buat Palestin

Tatkala dunia sedang diselubungi dengan perasaan amarah dan sedih terhadap kekejaman dan keganasan rejim Zionis kepada Palestin, ramai figura dari serata dunia menzahirkan tanda solidariti mereka terhadap perjuangan Palestin.

selebriti malaysia zahir doa buat palestin

Turut tidak kecuali termasuklah kumpulan selebriti Malaysia yang menyuarakan isi hati mereka terhadap situasi semasa menerusi sesi “Palestine: From Malaysia With Love”.

Barangkali ada pihak yang melihat usaha tersebut sebagai tidaklah sebesar mana, namun harus kita akui bahawa ia mempunyai nilai yang tersendiri dalam perjuangan untuk terus menyebarkan kebenaran mengenai krisis sebenar yang menimpa warga Palestin.

Diana Amir

Kita perlu ikut jejak Nabi Muhammad SAW, ketika kita mengecam mereka, gunakan perkataan yang bijak dan bukan memaki hamun, tunjukkan kepada mereka kita adalah golongan yang berintelek.

Kita ada Allah, Allah sudah janji yang Palestin akan bebas satu hari nanti.

Ini masa ujian, Allah nak uji iman kita, siapa yang bersama Dia dan siapa pula yang berpura-pura dan munafik.

Lisa Surihani

Semoga Allah beri kita ilham dan kebijaksanaan untuk terus mendapatkan fakta yang betul tentang bagaimana kita boleh memberi impak kepada kepentingan Israel, untuk memberi tekanan diplomatik yang betul bagi membolehkan Palestin beroleh keamanan.

Haris Ismail

Apa yang kita mahukan ialah keamanan dan kesejahteraan untuk Palestin.

Saya harap rakyat Malaysia dapat sama-sama tadah tangan, berdoa, buat solat hajat dan baca Qunut Nazilah. Inilah perantara kita dengan Allah.

Antara waktu yang mujarab untuk berdoa adalah malam-malam awal Syawal, jadi kita gunakan masa ini untuk berdoa sebanyak mungkin untuk mereka.

Neelofa

Sekadar peringatan, orang Islam adalah saudara seagama kita. Apa yang terjadi di Palestin, kita kena rasakannya seolah-olah ia terjadi kepada kita sendiri.

Kalau kita lihat gambar dan video dan kita rasa geram, marah dan sedih, itu tandanya ada iman dalam hati kita.

Kita tak dituntut sertai perang di sana tapi kita boleh gunakan media sosial untuk lancarkan perang saraf dan kita kena guna medium ini dengan bijak.

Ernie Zakri & Syamel

Kami ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan artis dan selebriti, kita bersama-sama dalam hal ini. Kita usaha yang terbaik dan mungkin ia nampak kecil tetapi inilah yang kita mampu.

Di Malaysia, tugas kita adalah sebar fakta yang mungkin masih ramai belum tahu dan tidak terdedah dengan info berkaitan Palestin dan Israel.

Jadi kita perlu laksanakan tugas ini dengan baik supaya semua orang di luar sana dapat rasa apa yang kita rasa.

 

Sumber: [1]