Selangkah Ke Hollywood, Pelakon Popular, Park Seo Joon Bakal Bintangi The Marvels

Pelakon popular Korea Selatan, Park Seo Joon dilaporkan akan membintangi filem The Marvels di samping teraju utama Brie Larson.

selangkah ke hollywood, pelakon popular, park seo joon bakal bintangi the marvels

Menerusi satu laporan eksklusif yang dikeluarkan Star News, Park Seo Joon baru-baru ini baru sahaja selesai melakukan tinjauan dalaman dan perbincangan mengenai tawaran untuk membintangi filem Hollywood pertamanya itu.

Dia dikatakan akan berangkat ke Amerika Syarikat menjelang separuh kedua 2021 setelah selesai menjalani penggambaran untuk filem terbarunya yang lain iaitu Concrete Utopia.

The Marvels bakal dibintangi Brie Larson sebagai Kapten Marvel dan Teyonah Parris sebagai Monica Rambeau.

selangkah ke hollywood, pelakon popular, park seo joon bakal bintangi the marvels

Memandangkan filem tersebut merupakan kesinambungan daripada filem Captain Marvel yang berjaya mencetuskan fenomena hingga mengutip USD$1.1 bilion, oleh itu filem The Marvels yang menampilkan barisan superhero wanita pertama Marvel ini juga dijangka bakal mengikuti rapat rekod tersebut.

Terdahulu, Park Seo Joon yang popular dengan pelbagai drama lakonannya pernah menyatakan hasrat untuk berlakon dalam francais filem Hollywood sekiranya diberi peluang sedemikian.

 

Sumber: [1]