Baru-baru ini, anggota kumpulan K-Pop, iaitu Lee Teuk dan Yesung Super Junior menangkap perhatian ramai apabila mereka memperagakan koleksi batik asli dari Indonesia.
Lebih mengujakan, baju batik itu direka khas oleh seorang ahli politik terkenal Indonesia yang juga merupakan salah satu nama yang paling diraikan dalam dunia arkitek tempatan, iaitu Ridwan Kamil.
Menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram, tulis Lee Teuk, “Saya menerima hadiah batik yang dia (Ridwan Kamil) reka sendiri. Terima kasih Ridwan Kamil untuk reka bentuk batik ini. Terima kasih Jawa Barat dan Indonesia. Saya sayang awak.”
Sementara itu, Yesung turut memuat naik entrinya yang mengenakan pakaian tradisional itu dengan kapsyen Bahasa Indonesia yang berbunyi, “Apakah cocok untukku? Terima kasih kepada #RidwanKamil yang merancang batik ini. Terima kasih Jawa Barat dan Indonesia. Saya sayang awak.”
Apa-apa pun, kedua-dua mereka kelihatan segak betul mengenakan baju batik itu!
Sumber: Instagram