Sebak, Anak Kecil Gembira Sambut Hari Jadi Dengan Pisang Kerana Keluarga Tidak Mampu Beli Kek

Tidak semua mempunyai kesenangan dalam menjalani kehidupan harian, namun bersyukurlah sekiranya dikurniakan rezeki itu.

sebak, anak kecil gembira sambut hari jadi dengan pisang kerana keluarga tidak mampu beli kek

Buat salah seorang pemuda di Indonesia yang menganggur, dia memilih untuk menyambut ulang tahun kelahiran anaknya hanya dengan sebuah periuk yang dihias dengan tiga ulas pisang.

Menerusi satu entri yang dikongsikan bersama di akaun Instagram @warung_jurnalis, tulis lelaki tersebut, “Min (Admin), saya meminta doa untuk anak saya yang berusia 3 tahun. Untuk hari lahirnya. Saya tidak lagi bekerja. (Ibu bapa @kang_ngaprak).”

 

 

Turut tertulis dalam kapsyen itu, “Mimin (Admin) mengajak kita semua untuk mengucapkan dan mendoakan adik ini selamat ulang tahun, sihat selalu dan semoga ibu bapanya segera dikurniakan pekerjaan baru. Selamat ulang tahun si kecil.”

 

Sumber: [1]