Seakan Mimpi, Lelaki Gelandangan Bertukar Menjadi Model

Hidup seorang lelaki gelandangan berubah dalam sekelip mata apabila dia dipanggil secara rawak untuk menjadi model.

seakan mimpi, lelaki gelandangan bertukar menjadi model

Ali Olakunmi yang kehilangan tempat tinggalnya sedang tidur di bawah jambatan apabila dia ditemui seorang jurugambar yang kebetulan sedang melalui kawasan tersebut.

Kata jurugambar terbabit, “Saya mengambil gambar hari ini di Ikeja, sementara menunggu model tiba, kami memutuskan untuk bertemu dengan seorang lelaki (Ali) yang sedang tidur di bawah jambatan untuk menjadi model bagi kami. Saya percaya bahawa Ali dilahirkan untuk ini. Pose, struktur badan dan warna kulitnya sempurna.”

Ali bersetuju untuk melakukan penggambaran tersebut.

Namun setelah ia selesai melakukan sesi penggambaran tersebut, dia kembali tidur di bawah jambatan namun tanpa dia ketahui, dirinya itu kekal diperhatikan oleh mata-mata dalam industri.

Hari ini, dia bekerja untuk salah satu syarikat permodelan ternama di dunia.

Malahan, dia turut mempunyai akaun Twitter yang mana dia menulis, “Saya Ali, dan saya dilahirkan untuk menjadi hebat.”

 

Sumber: [1]