Bekas anggota 2NE1, Sandara Park, mengakui bahawa dia hanya pernah bercinta dengan selebriti sejak debutnya, bagaimanapun, dia sama sekali tidak pernah ‘kantoi’ dengan sesiapapun.
Pengakuan tersebut dibuat ketika kemunculannya dalam rancangan Hun Man Jung Eum pada 2019 yang mana dia mengelar percintaan tersebut sebagai ‘cinta siber’.
Menurutnya, sepanjang percintaannya dengan gerangan lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu, mereka tidak pernah keluar makan bersama baik memesan penghantaran kerana tidak mahu kelibat mereka dikesan sesiapa.
“Saya memulakan kerjaya dalam industri hiburan ketika berusia 20 tahun, dan saya hanya bercinta dengan selebriti sejak dari itu.”
Ketika ditanya mengapakah dia hanya memilih untuk bercinta dengan rakan seindustri, jawab Sandara, “Kebanyakan mereka berada dalam bidang yang sama. Ketika penyanyi pergi ke pertunjukan muzik, kami bertukar penampilan, dan perkara sebegitu berlaku secara semula jadi.
“Lebih kurang 100 penyanyi akan berkumpul di pertunjukan anugerah akhir tahun. Seronok apabila anda menghabiskan waktu Krismas, akhir tahun dan Tahun bersama,” terangnya.
“Yang penting adalah anda harus memberitahu anggota anda,” tambah penyanyi tersebut.
Ketika menjelaskan bagaimana dia pernah tertangkap oleh wartawan walau sekali pun, jelas Sandara, “Agak tidak tertangkap, anda harus menjadi ‘kekasih siber’. Kebanyakan masa, kami hanya bertemu dalam kereta, tidak pernah keluar makan, dan tidak pernah menghantar makanan. Kami hanya kelaparan.”
Sumber: [1] [2]