Penyanyi BamBam GOT7 dan Sunmi mencetuskan kegembiraan dalam kalangan peminat K-Pop, terutamanya mereka yang mengikuti rapat perkembangan artis-artis JYP, dengan aksi mereka yang menyambut ulang tahun kelahiran bersama baru-baru ini!
Menerusi entri foto dimuat naik di Instagram masing-masing, kedua-dua penyanyi popular itu dilihat bersebelahan sambil melakukan pose ‘dabbing’ sambil bertukar ucapan selamat hari lahir sesama sendiri!
Tulis Sunmi di Instagramnya, “Orang yang dilahirkan pada 2 Mei.”
Sementara itu, BamBam pula mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya. Coretnya di Instagram, “Terima kasih untuk hari lahir yang indah. Rasanya seperti saya dilahirkan semula,” sebelum menambah, “Orang 2 Mei, hehehe.”
Entri tersebut menimbulkan keterujaan yang mendalam dalam kalangan peminat mereka, nak-nak lagi, kedua-duanya kini berada dalam agensi sama iaitu, Abyss Company.
Terdahulu, kedua-dua bintang K-Pop itu juga merupakan rakan label naungan JYP Entertainment yang mana Sunmi dahulunya aktif mempromosikan sebagai anggota Wonder Girls dan artis solo, manakala BamBam pula bersama GOT7.
Sumber: [1]