Sebut je Tommy Hilfiger mesti semua orang akan ikan tiga warna ikonik brand ini iaitu merah, biru dan putih. Brand ini amat dikenali dan telah dipakai oleh orang kenamaan di seluruh dunia.
Seiring dengan namanya yang besar, sebuah agensi yang dikenali sebagai Architectural Digest telah melawat rumah pengasas fesyen terkenal itu. Rumah agam Tommy terletak di Plaza Hotel Amerika Syarikat dan bernilai $50 Juta! Wow!
Dalam video tersebut, Tommy membawa Architectural Digest melawati seluruh ruang di dalam rumahnya. Beliau turut bercerita apa yang membuatkan dia suka akan rumah itu adalah kerana kedudukannya yang unik dan dikelilingi bangunan-bangunan yang lit.
Bukan itu sahaja, Tommy turut bercerita beberapa selebriti terkenal seperti the Beatles, Marilyn Monroe juga pernah tinggal di kawasan tersebut.
Cuba korang tengok interior design rumah ni. Memang meletop habis. Siap ada mini butik lagi. Memang makan hati betul lah tengok rumah Tommy ni kan.
Sumber: Youtube Architectural Digest