Biarpun bergelar bintang terkenal Korea Selatan, namun status tersebut sedikit pun tidak membataskan Rain daripada terus meluangkan masa bersama keluarga tercintanya.
Baru-baru ini, Rain, memperlihatkan sisi kehidupan peribadinya menerusi satu episod rancangan realiti, The Manager.
Menerusi episod tersebut, Rain yang merupakan tetamu jemputan dalam rancangan itu direkodkan menuju ke pasar raya untuk mengambil makanan laut yang dibelinya sebelum kembali pulang ke rumah untuk menyediakan makan malam buat keluarganya.
Paling menangkap perhatian adalah apabila suasana rumahnya bersama pasangan Kim Taehee terpapar secara sekilas.
Rakaman di kediamannya menunjukkan bahawa pasangan itu memasang pagar bayi di bahagian tangga untuk menjaga keselamatan anak-anak perempuan mereka di samping ada juga pelbagai jenis mainan yang tersimpan di dalam buaian.
Dalam episod yang sama juga, Rain dilihat menyediakan nasi goreng bersama ketam untuk dijamu bersama keluarga kesayangannya itu.
Ketika Rain menonton semula rakaman di dapur rumahnya bersama barisan panelis dan tetamu di studio rancangan terbabit, akui Rain, “Saya sendiri yang merancang reka bentuk dalaman di rumah kami.”
Kemudian, setelah dia selesai memasak, Rain memanggil keluarganya untuk makan. Namun, sahutan tersebut tidak disahut oleh sesiapa di dalam rumahnya hingga membuatkan Rain tertanya-tanya mengapa suasana rumahnya tiba-tiba bertukar menjadi sepi.
Akhirnya, Rain berpaling ke kamera dan berkata, “Oleh kerana keluarga saya sangat pemalu, penggambaran untuk hari ini akan berakhir di sini. Terima kasih.”
Sumber: Soompi