Popular Tanpa Sengaja, Ed Sheeran Kongsi Dahulunya Dia Hanya Hidup Dengan Dua Pasang Stoking

Siapa sangka, daripada seorang pemuda yang hanya memiliki dua pasang stoking, Ed Sheeran kini berjaya mengangkat dirinya menjadi salah seorang penyanyi dan penulis lagu terhebat dengan nilainya yang dianggarkan mencecah AS$ 200 juta (RM 844,900,000).

popular tanpa sengaja, ed sheeran kongsi dahulunya dia hanya hidup dengan dua pasang stoking

“Melihat kembali ketika saya menulisnya (lagu ‘The A Team’) berbanding di mana saya sekarang – saya hanya mempunyai dua pasang stoking kaki pada waktu itu. Saya benar-benar tidak pernah membasuh stoking kaki saya dan hanya menukar antaranya.

“Jika anda pernah bertemu dengan orang yang mengenali saya pada waktu itu, ada satu perkara yang dapat disetujui mereka semua, iaitu kaki saya berbau,” kongsi pelantun lagu “Shape of You” itu.

Dia kemudian berbicara mengenai kebangkitannya yang tidak disangka-sangka sebagai seorang artis.

Akuinya, dia tidak pernah sekali pun, terbayang bahawa dia akan menjadi salah satu artis terbesar dan paling berjaya di dunia ketika zaman mudanya.

“Sekarang ada orang yang mengatakan kepada saya, ‘Tetapi anda pasti selalu tahu’, dan saya rasa saya tidak pernah tahu,” tambahnya.

Terdahulu, penyanyi berusia 30 tahun itu pernah berkongsi dengan satu rancangan radio di Australia, yang mana, perjalanannya sedikit pun tidak seperti yang diramalkannya.

“”Thinking Out Loud” adalah salah satu lagu terbesar yang keluarkan dan ia dimaksudkan untuk menjadi lagu bonus di dalam album,” jelasnya.

Bagaimanapun, lagu tersebut berhasil menjadi salah satu lagu terhebat sepanjang masa dengan lebih 3 bilion tontonan di YouTube.

“Terdapat begitu banyak perkara yang berlaku secara tidak sengaja atau kebetulan,” kata Ed.

 

Sumber: [1]