Ada Yang Tengah Plan Cuti-Cuti Malaysia? Ini Lokasi Ohsem Untuk Bergambar Yang Korang Kena Pergi

Artikel ini ditaja oleh Tourism Malaysia

ada yang tengah plan cuti-cuti malaysia? ini lokasi ohsem untuk bergambar yang korang kena pergi

Kredit: Tourism Malaysia

Walaupun tahun baru dah start, tak semestinya kena tunggu hujung tahun baru boleh pergi cuti-cuti Malaysia! Bila-bila je boleh staycation masa weekend, tak pun masa cuti Tahun Baru Cina nanti (dan korang yang kerja atau study kat KL, ada cuti tambahan Hari Wilayah!).

Korang yang kaki fotografi tu, confirm suka berselfie dan OOTD masa bercuti kan? Kali ni kalau korang tengah cuti-cuti Malaysia, pastikan korang bergambar kat beberapa lokasi yang cool mengikut tema ni:

#1 Tema “Extreme Shot” 

Korang yang jenis lasak, berani dan berhati kental boleh cuba ambil gambar bertemakan extreme shot yang boleh buat kebanyakan orang luruh jantung ni! Ini antara lokasi yang korang boleh pergi:

a. Bukit Berekeh, Sungai Siput, Perak 

b. Gunung Torq, Gunung Kinabalu, Sabah 

c. Gurkha Hut, Gunung Kinabalu, Sabah 

#2 Tema Alam Semulajadi 

Rasa lebih tenang dikelilingi kehijauan, bunyi burung-burung menyanyi, atau menikmati pukulan ombak di kaki? Inilah tema yang sesuai buat korang. Untuk korang yang sukakan alam semulajadi, kitorang suggest korang pergi tempat-tempat ni:

a. Tasik Puteri, Bukit Besi, Kuala Terengganu 

b. Pulau Rawa, Johor 

c. Kg. Ngulang, Kangar, Perlis 

#3 Tema Seni & Budaya 

Seni dan budaya mencerminkan identiti sesebuah masyarakat. Pastikan korang rakamkan ia agar tidak dilupai oleh generasi-generasi akan datang. Ini antara tempat ohsem yang korang boleh pergi untuk dapatkan gambar yang cantik untuk tema ni!

a. Pinang Peranakan Mansion, George Town, Pulau Pinang 

b. Bagas Zakariah, Gopeng, Perak 

c. Kampung Budaya Sarawak, Kuching, Sarawak 

#4 Tema “Human Interest” 

Suka perhati kehidupan seharian, contohnya macam sekumpulan pakcik-pakcik yang berborak di kopitiam, mamak tengah buat teh tarik, atau makcik di tepi jalan jual pisang goreng? Semua ni ialah human interest. Macam gambar-gambar ni, onz kan?

a. Perusahaan Bahulu Bakar Sabut, Mersing, Johor 

b. Shukor Khamis, Kampung Boy, Kuala Terengganu 

c. Ladang Lebah, Resort Taman Eko Rimba Komanwel Rawang, Selangor 

#5 Tema Dulu & Sekarang 

Kalau korang ada gambar-gambar klasik dan penuh nostalgia, cuba pilih beberapa gambar dan pergi ke lokasi yang sama untuk bergambar, dan buat perbezaan antara dulu dan sekarang. Best tau!

a. Jalan Stesen Sentral Kuala Lumpur 

ada yang tengah plan cuti-cuti malaysia? ini lokasi ohsem untuk bergambar yang korang kena pergi

Kredit: Lotusarts Malaysia/Flickr.com

b. Masjid Jamek Kuala Lumpur 

ada yang tengah plan cuti-cuti malaysia? ini lokasi ohsem untuk bergambar yang korang kena pergi

Kredit: Lotusarts Malaysia/Flickr.com

c. Jalan Sultan Kuala Lumpur 

ada yang tengah plan cuti-cuti malaysia? ini lokasi ohsem untuk bergambar yang korang kena pergi

Kredit: Lotusarts Malaysia/Flickr.com

Ada ambil foto-foto macam ni? Jom join pertandingan fotografi anjuran Tourism Malaysia, Photo Challenge 2021! 

ada yang tengah plan cuti-cuti malaysia? ini lokasi ohsem untuk bergambar yang korang kena pergi

Kredit: Tourism Malaysia

Tourism Malaysia sekarang ni tengah menganjurkan pertandingan fotografi iaitu ‘Photo Challenge 2021’ yang bertujuan mencungkil bakat kreatif rakyat Malaysia menerusi lensa kamera dengan penawaran hadiah pakej percutian dan peralatan fotografi bernilai sehingga RM80,000 bagi menggalakkan pelancongan domestik.

Pertandingan fotografi ni bermula sekarang hingga 11 Februari 2022, dan terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas. Ada lima tema fotografi yang korang boleh pilih, iaitu ‘Extreme Shot’, Alam Semulajadi, Seni & Budaya, ‘Human Interest’, serta Dulu & Sekarang.

Bagi setiap kategori tema yang dipertandingkan, tiga pemenang akan dipilih bagi tempat pertama, kedua dan ketiga berserta tiga lagi penerima sagu hati. Takde sebarang yuran dikenakan, malah peserta bebas menggunakan sebarang jenis kamera bagi merakam imej-imej yang diingini. Haa, apa tunggu lagi? Snap, snap!

Untuk info lanjut tentang syarat pertandingan dan borang penyertaan, layari laman web rasmi Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.

Semoga berjaya gaiis!