Pergh, Wanita Pecahkan Tabung Harimau, Jumlah Simpanan Cecah Lebih RM4k!

Bak kata orang, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

pergh, wanita pecahkan tabung harimau, jumlah simpanan cecah lebih rm4k!

Pepatah tersebut sememangnya merupakan perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan situasi seorang wanita yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun pengguna TikTok @/ayamCantik16, wanita tersebut memecahkan tabung simpanannya yang berbentuk harimau.

Yang turut menarik perhatian ialah saiz tabung simpanannya itu yang menyerupai bentuk sebenarnya seekor harimau.

Coretnya, “Harimau itu marah.”

Di dalam video tersebut, wanita itu jelas kelihatan memecahkan tabung tersebut dengan menggunakan pukulan tukul bermula dari bahagian atas sehingga bawah, yang mana kelibat ribuan duit syiling darinya keluar sedikit demi sedikit sebelum kemudian bertebaran di atas lantai.

Wanita tersebut kemudian melakukan video sambungan lagi yang mana, jumlah kiraan daripada hasil tabungannya itu merupakan 15 juta rupiah yang bersamaan dengan lebih kurang RM 4,375 ringgit.

Di penghujung video sama, wanita tersebut turut menasihatkan orang ramai yang menonton video tersebut agar turut sama diberi inspirasi dan bersemangat untuk menyimpan wang.

 

Sumber: [1]