Penyanyi Kelahiran Malaysia Buat Debut Di American Idol

Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia, Cheryl K membuat debut di rancangan realiti popular, American Idol.

penyanyi kelahiran malaysia buat debut di american idol

Paling menangkap perhatian adalah apabila Cheryl berduet lagu “Endless Love” dengan penyanyi lagenda, Lionel Richie yang juga merupakan salah seorang daripada juri American Idol.

Ujar Richie, “Saya perlu mengatakan sesuatu kepada kamu. Kamu telah membuatkan saya menitiskan air mata dan menghidupkan kembali kenangan manis pada saat ini.”

Turut menyaksikan momen tersebut ialah Katy Perry dan Luke Bryan yang juga sebahagian daripada barisan juri rancangan realiti tersebut.

Biarpun tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya, Cheryl meyakinkan menerusi entri di Instagram bahawa ini hanyalah permulaan baginya.

Tulisnya, “Ia seakan-akan tidak masuk akal melihat diri sendiri dalam American Idol. Saya masih mencubit diri saya. Terima kasih atas sokongan anda! Ini hanya permulaan.”

Terdahulu, nama Cheryl K mula menjadi sebutan ramai apabila dia menyumbangkan suara dalam runut bunyi filem Hollywood, Crazy Rich Asian menerusi lagu “Money (That’s What I Want)”.

Filem terbabit turut dibintangi pelakon berbakat dari Malaysia, Henry Golding.

Selain itu, penyanyi muda yang berusia 26 tahun itu juga pernah dipaparkan di The New York Times, Glamour, Billboard dan banyak lagi.

Cheryl difahamkan kini berpusat di Los Angeles, Amerika Syarikat demi mengejar impian sebagai seorang pemuzik di Hollywood.

 

Sumber: Instagram