Penyanyi Baek Ji Young Buat RM36 Juta Hanya Dengan Satu Lagu OST

Penyanyi Baik Ji Young menjadi perhatian media di Korea Selatan baru-baru ini apabila dia pernah mendedahkan bahawa dirinya pernah membuat puluhan juta wang hanya menerusi satu lagu runut bunyi nyanyiannya dalam satu drama popular.

penyanyi baek ji young buat rm36 juta hanya dengan satu lagu ost

Baru-baru ini, penyanyi yang diangkat sebagai Ratu OST di Korea Selatan itu membuat kemunculan dalam rancangan Same Bed, Different Dreams musim kedua sebagai salah seorang hos istimewa rancangan tersebut.

Turut tampil sebagai tetamu dalam rancangan itu ialah teman rapat Baek Ji Young iaitu Lee Ji Hye yang juga merupakan seorang penyanyi.

Akui mereka, biarpun kedua-duanya berkongsi persahabatan yang sangat erat antara satu sama lain, namun masih terdapat beberapa topik yang tidak pernah mereka bincangkan sesama sendiri.

“Apabila saya bertanya sesuatu kepada Lee Ji Hye, dia menjawab segala-galanya sehingga saya membuatkan saya terfikir, ‘bukankah dia sepatutnya memikirkan jawapannya terlebih dahulu sebelum memberi respon’.

“Namun, baru-baru ini saya bertanya kepadanya mengenai jumlah wang yang dia hasilkan di YouTube, tetapi dia tidak menjawab soalan tersebut,” ujar Baek Ji Young.

Lee Ji Hye kemudiannya menjawab bahawa walaupun dia tidak mempunyai masalah untuk menjawab mengenai jumlah wang yang diperolehnya menerusi YouTube, dia merasa ia agak kecil jika hendak dibandingkan dengan wang keseluruhan yang dihasilkan teman rapatnya itu.

Jelas Ji Hye, “Secara jujurnya, saya boleh memberitahunya berapa banyak wang yang saya hasilkan. Tetapi Baek Ji Young merupakan seorang wanita yang menghasilkan 10 bilion won (RM36,634,546) dari satu lagu runut bunyi, jadi tidak kira berapa banyak yang saya hasilkan, ia akan kelihatan kecil. Itu sebabnya saya malu.”

Terdahulu, Baek Ji Young pernah mendedahkan bahawa lagu OST hitnya, “Don’t Forget Me” yang digunakan dalam IRIS mengumpulkannya jumlah 10 bilion won ketika membuat penampilan sebagai tetamu dalam rancangan Video Star.

Ketika berada dalam rancangan terbabit, penyanyi wanita itu turut berkongsi bahawa lagu runut bunyi nyanyiannya berjudul “That Woman” dari drama Secret Garden juga menghasilkan jumlah wang yang banyak namun masih tidak dapat mengalahkan kejayaan lagu “Don’t Forget Me”.

Baek Ji Young amat terkenal dengan suaranya yang indah serta kemampuannya untuk menyampaikan lagu-lagunya dengan emosi yang tidak dapat diungkapkan dengan sekadar kata-kata.

Setiap lagu runut bunyi yang dinyanyikannya pasti menjadi lagu hit hingga dia diberi gelaran sebagai Ratu OST di Korea Selatan.

 

Sumber: [1]