Penjual Mainan Kanak-Kanak Diangkat Sebagai Hero, Selamatkan Mangsa Dari Rompakan

Hebatnya seorang penjual mainan kanak-kanak di jalanan Indonesia apabila dia berjaya menggagalkan rompakan yang berlaku ketika sedang asyik berniaga.

penjual mainan kanak-kanak diangkat sebagai hero, selamatkan mangsa dari rompakan

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jalan Raya Sukawangi, Kabupaten Bekasi, Jawa Berat.

Ia bermula apabila dua perompak cuba menyerang seorang penjual soto yang sedang menunggal motosikal.

Kebetulan, pada masa sama, penjual mainan kanak-kanak yang dikenali sebagai Kang Emon sedang mengayuh basikalnya di kawasan berhampiran.

Melihat kejadian tersebut berlaku, Kang Emon kemudian tanpa berfikir panjang menghadang kedua-dua perompak tersebut dengan menggunakan basikalnya sehingga mereka terjatuh di sawah.

Salah seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai R mengatakan bahawa penjual mainan itu berhadapan dengan berani dengan dua perompak yang telah mencuri motosikal mangsa.

“Setelah motosikal Soto dirampas secara paksa dan pelakunya membawanya pergi, penjual mainan itu segera menghentikannya,” kata R.

Setelah mereka terjatuh ke dalam sawah, kedua-dua perompak tersebut ditangkap penduduk yang melintasi jalan dan mencetuskan keberangan dalam kalangan penduduk setempat.

Bagaimanapun, basikal milik Kang Emon rosak akibat dilanggar kedua-dua perompak tersebut.

Namun, tindakan kepahlawanan Kang Emon yang berani menggagalkan pencurian biarpun berseorang diri, dipuji penduduk tempatan.

Menurut hasil perkongsian media tempatan, Kang Emo merupakan seorang penduduk desa yang berniaga mainan kanak-kanak dan sering mengayuh basikalnya di jalan pada setiap hari.

Sementara itu, kedua-dua perompak tersebut telah ditahan pihak polis dan kini diletakkan dalam siasatan lanjut.

 

Sumber: [1]