Pemuda Berpakaian Badut Sambil Berkempen Mengenai Bahaya COVID-19, Siap Edar Mask Percuma

Baru-baru ini, India mencatatkan peningkatan mendadak dalam kes COVID-19 yang mana jumlah jangkitan di negara tersebut dilaporkan telah mencecah lebih 20 juta.

pemuda berpakaian badut sambil berkempen mengenai bahaya covid-19, siap edar mask percuma

Beberapa hospital di negara tersebut bahkan bergelut sehingga terpaksa menghantar isyarat SOS demi terus menjami bekalan oksigen.

Berikutan itu, salah seorang lelaki berkeputusan mengambil inisiatif dengan mengenakan pakaian badut untuk berkempen mengenai bahaya dan kepentingan untuk melindungi diri seseorang daripada jangkitan virus COVID-19.

Lelaki tersebut bernama Ashok Kurmi dan merupakan seorang pekerja di salah sebuah syarikat farmasi di India.

Sering kali, kehadirannya berserta gelagatnya yang menghiburkan pastinya berjaya memecah gelak tawa dalam kalangan kanak-kanak yang didekati dia.

Namun, di sisi lain, Ashok juga membawa peralatan pembasmi kuman untuk membasmi bakteria atau virus yang menetap di kawasan kumuh seseorang itu.

Pada masa yang sama, Ashok turut tidak ketinggalan untuk berkongsi pengetahuan kepada penduduk dan kanak-kanak di sekitar mengenai COVID-19 yang berupaya mengancam nyawa.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan Reuters, Ashok mendedahkan bahawa selama dua tahun pandemik COVID-19 melanda negaranya, telah banyak informasi yang dia sebarkan sepanjang tempoh tersebut terutamanya kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

“Saya menyuruh mereka memakai topeng, menjaga kebersihan tangan, dan menjaga jarak sosial. Saya cuba menyebarkan maklumat yang menyelamatkan nyawa daripada virus korona,” ujarnya.

Namun, dia tidak hanya mengenakan kostum badut.

Kongsinya, sepanjang dia berbuat sedemikian, dia telah berkali-kali menukar kostum dengan pelbagai watak yang menarik dan disukai kanak-kanak misalnya Spiderman dan Santa Claus.

 

Sumber: [1]