Disebalik kekalutan dunia melawan pandemik COVID-19, muncul pelbagai kisah-kisah yang penuh inspirasi. Pelbagai sisi kemanusiaan muncul di seluruh pelusuk dunia.
Satu lagi kisah penuh inspirasi yang wajar diperhati oleh semua orang adalah kisah pelarian Syria yang menyediakan makanan percuma bagi petugas di sebuah hospital di Lisbon, Portugal.
Ramia abdalghani dan Alan Ghumim melarikan diri dari negara mereka ekoran peperangan yang melanda. Mereka menetap di kawasan tersebut dan diterima ramai. Disebabkan oleh itu lah, pemilik Resoran Tayybeh ini mengambil keputusan untuk membalas kembali kebaikan yang mereka pernah terima.
Mereka telah melakukan perkara tersebut bermua dari pertengahan Macm yang lalu. Setiap hari mereka akan memberi makanan percuma kepada petugas perubahatan yang terus asa untuk melawan COVID-19.
"Kami dibantu oleh mereka yang pernah melalui kehidupan yang perit.
"Ini menunjukkan pentingnya untuk kita saling membantu antara satu sama lain," kata seorang jururawat yang dikenali sebagai Nuno Delicado.
Sumber: Astro Awani