Pelakon Train To Busan, Gong Yoo Akui Lebih 'Memilih' Sekarang

Pelakon filem Train to Busan, Gong Yoo baru-baru ini mengakui bahawa keutamaannya sebagai pelakon berubah mengikut fasa.

pelakon train to busan, gong yoo akui lebih 'memilih' sekarang

Menerusi satu temu ramah yang diadakan bersama majalah Marie Claire Korea, Gong Yoo berkata, “Setelah berusia 20-an dan 30-an, sumber kekuatan yang mendorong saya sebagai pelakon berubah.

“Sebelum ini, benda pertama yang akan saya terfikirkan ialah kembimbangan mengenai bagaimana watak saya dan cara untuk melakokannya. Tetapi sekarang, kekhuatiran itu telah diterbalikkan.

“Daripada merisaukan semua benda tu, saya meluangkan lebih banyak masa untuk memikirkan apa jenis kesan yang saya dapat terhadap projek ini, apa kesan pernana saya terhadap watak-watak lain, dan apakah tenaga yang akan saya sampaikan,” ujarnya.

Akuinya lagi, keseluruhan mesej sesuatu projek itu menjadi lebih penting dalam memilih peranannya.

 

Sumber: [1]