Pelakon All of Us Are Dead, Lim Jae Hyuk Buat Tiga Kerja Sambilan Demi Tampung Hidup Sebagai Pelakon

Selepas Squid Game, muncul pula drama Korea terbaru, All of Us Are Dead yang terus-menerus menjadi sebutan hangat wargamaya, lagi-lagi selepas ia menjadi siri Korea kedua yang menduduki tempat teratas dalam carta tontonan harian Netflix.

pelakon all of us are dead, lim jae hyuk buat tiga kerja sambilan demi tampung hidup sebagai pelakon

Namun, di sebalik kejayaan itu,  seorang YouTuber Korea baru-baru ini yang dikenali sebagai Lee Jin Ho mendedahkan bahawa salah seorang pelakon sokongan drama tersebut, Lim Jae Hyuk masih bergelut untuk memenuhi keperluan hidupnya walaupun drama terbabit dilihat berjaya mencapai kejayaan besar.

Menurut YouTuber itu, Lim kini memegang tiga pekerjaan sambilan, iaitu sebagai pekerja binaan, kurier dan pemandu penghantaran, sementara menunggu kerjaya lakonannya bermula.

Lim, yang lulus dari Universiti Seni Kebangsaan Korea pada 2016, juga pernah membintangi drama berjudul Alice pada 2020.

“Hidup agak sukar untuknyam” Lee dilaporkan berkata dalam videonya.

Bagaimanapun, seperti rakan-rakan pelakonnya yang lain, populariti Lim turut sama meningkat di Instagram yang mana sebelum tayangan perdana All of Us Are Dead, pelakon berusia 27 tahun itu hanya mempunyai 1,000 pengikut.

Kini, dia dilaporkan mempunyai lebih dari 500,000 pengikut.

All of Us Are Dead adalah berdasarkan webtoon popular, Now At Our School, All of Us Are Dead.

Ia mengisahkan wabak zombi di sebuah sekolah yang mengancam untuk memusnahkan seluruh bandar.

Drama tersebut turut dilakokan oleh Park Ji Hu, Yoon Chan Yong, Cho Yi Hyun, Lomon, Yoo In Soo dan Lee You Mi.


Sumber: [1]