Demi mendapatkan vaksin COVID-19, seorang wanita warga emas berusia 90 tahun dari Seattle, Amerika Syarikat sanggup menempuh badai salji.
Kisah tersebut berjaya mencuri perhatian orang ramai hingga media tempatan, The Seattle Times mengatakan, wanita warga emas yang bernama Fran Goldman itu terpaksa menempuh perjalanan sekitar 9.6 kilometer berulang-alik dengan berjalan kaki untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
“Saya telah menelefon untuk meminta janji temu banyak kali, setiap pagi, petang dan saya sering berada dalam talian sepanjang malam,” ujar Goldman.
Dia akhirnya berhasil mendapatkan slot vaksin pada 14 Februari 2021.
Namun, tidak disangka pula ribut musim sejuk akan melanda kawasan tempat tinggalnya beberapa hari sebelum temu janji tersebut berlangsung, menyebabkan jalan-jalan di bandar tempat Goldman tinggal berubah menjadi hamparan salji.
Tetapi, Goldman tetap sahaja tidak berputus asa. Bahkan, dia siap memakai seluar berbulu dan kemeja lengan pendek di dalam baju sejuknya agar memudahkan jururawat untuk menyuntiknya dengan vaksin COVID-19.
Sepanjang perjalanan menempuh badai salji itu, Goldman difahamkan berjalan dengan membawa tongkatnya dan mengenakan kasut musim sejuk miliknya.
Dia dikatakan hanya lewat lima minit untuk janji temu vaksinasi tersebut.
Sumber: [1]