'Mungkin Lepas Ni Boleh Training Di Melaka, Situ Ada Emas' - Chong Wei Selit Nasihat Manja Buat Lee Zii Jia

“Lee Zii Jia, usah kecewa sangat. Ia adalah satu persembahan yang baik. Satu Malaysia tahu anda telah cuba sedaya upaya.”

'mungkin lepas ni boleh training di melaka, situ ada emas' - chong wei selit nasihat manja buat lee zii jia

Begitulah kata-kata Datuk Lee Chong Wei kepada pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia yang tewas dalam tangan pemain China, Chen Long, dalam pusingan kalah mati di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tadi.

Coret Chong Wei pada Instagram peribadinya, “Dibekalkan lebih pengalaman nanti, Chen Long pastinya sekadar lubuk untuk lu. Bai, Chen Long bukan calang-calang juara bertahan. Muka je ‘innocent’ tapi tu mamat tu memang ligat otak dalam pentafsiran taktik pihak lawan.

“Permainan semalam I rasa dari segi kekuatan, kelajuan dan teknik, Zii Jia memang mengatasi Chen Long. Mungkin yang kurang, adalah cemas pada saat-saat penting. Olimpik pertama kot, siapalah yang tak cemas? Game Chong Wei ketika pertama kali Olimpik pun tak kemas.

“Yang penting, dongakkan dagu, teruskan usaha. Olimpik seterusnya tiga tahun sahaja lagi. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya ditangguhkan.”

Kata bekas wira badminton Malaysia yang pernah merangkul pingat perak dalam Sukan Olimpik sebanyak tiga kali berturut pada 2008, 2012 dan 2016 itu, beliau amat berbangga dengan pelapisnya yang baru sahaja berusia 23 tahun itu

“Saya bangga dengan anda. Seluruh Malaysia berbangga dengan anda.

“Mungkin lepas ni cari tempat berlatih di Melaka. Dengar kata berlatih di situ boleh dapat emas Olimpik,” candanya sambil merujuk pada kemenangan atlet angkat berat wanita Filipina baru-baru ini, Hidilyn Diaz, yang berjaya memenangi emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 setelah berlatih setahun lebih lamanya di Jasin, Melaka.

Dalam pada itu, Chong Wei sempat menyelitkan gurauan manja terhadap bekas pesaingnya ketika Sukan Olimpik Rio 2016 dahulu, iaitu Chen Long.

“Kepada Chen Long, awak lagi! Seeloknya jangan biarkan kami melihat awak di Malaysia, dalam tempoh satu bulan akan datang! Haha. Gurau kawan. Selamat bertanding dan semoga maju jaya!

 

Sumber: Instagram