Seluruh dunia tahu tentang serangan Rusia ke atas Ukraine bermula 24 Februari lalu.
Tindakan tidak berperikemanusiaan Rusia itu telah mengorbankan banyak nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak.
Serangan tersebut ternyata memberi kesan kepada pelbagai pihak termasuklah dunia sukan.
Antaranya FIFA dan UEFA melarang Rusia daripada menyertai semua pertandingan anjurannya.
Tapi ada satu kisah menarik tentang penjaga gol PSG, Keylor Navas.
Dia dapat pujian netizen ekoran tindakan murninya membantu pelarian Ukraine susulan serangan Rusia baru-baru ini.
Navaz menempatkan 30 pelarian Ukraine untuk tinggal bersama di rumahnya yang besar!
Setiap pelarian disediakan katil untuk mereka tidur dan isteri Navaz pun tak ketinggalan membantu menyediakan makanan dan pakaian mereka setiap hari.
Bukan tu je, isteri Navaz pun ada war-warkan bantuan di media sosial buat sesiapa sahaja yang ingin menderma.
Sikap macam ni la yang perlu ada pada semua orang kan?
Tolong-menolong dan prihatin antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan negara.
Diharapkan tiada lagi serangan atau krisis seperti ini berulang kerana banyak nyawa yang tidak bersalah menjadi korban.
Oleh: Izzati Amir