Muat Naik Gambar Sepatu Bersama, Peminat Bertanya 'Siapa Wanita Itu?' Pada G-Dragon

Baru-baru ini, artis ternama Korea Selatan yang juga merupakan anggota BIGBANG, G-Dragon mengemas kini laman Instagram miliknya dengan beberapa foto yang mana dirinya hadir ke satu pameran seni.

muat naik gambar sepatu bersama, peminat bertanya 'siapa wanita itu?' pada g-dragon

Menerusi entri yang berupa koleksi foto seni dan lukisan bertemakan bunga-bungaan itu, terselit satu foto yang memperlihatkan kasut G-Dragon di samping wanita misteri yang mengenakan kasut tumit tinggi berwarna hitam.

Susulan itu, ramai pengikut G-Dragon di laman tersebut menjadi tertanya-tanya mengenai siapakah gerangan wanita yang tidak didedahkan rupanya itu.

Namun persoalan yang tercetus itu akhirnya terjawab apabila wanita terbabit didedahkan sebagai stailis G-Dragon dan bukanlah gerangan yang dikaitkan secara romantis bersama penyanyi berusia 32 tahun itu.

muat naik gambar sepatu bersama, peminat bertanya 'siapa wanita itu?' pada g-dragon

Dia dikenal pasti sebagai Geeeun dan terdahulu, kedua-dua mereka pernah difoto bersama ketika menghadiri acara Dazed Art Fair.

Selain G-Dragon, Geeeun turut bertanggungjawab menggayakan ramai artis YG Entertainment seperti BLACKPINK, iKON dan banyak lagi.

Dalam perkembangan lalu, beberapa minggu lalu, peminat meraikan ulang tahun ke-4 album studio G-Dragon yang berjudul Kwon Ji Yong.

Apakah mungkin mereka dapat menjangkakan kemunculan semula daripada pelantun lagu “Crooked” dalam masa terdekat setelah sekian lama?

 

Sumber: [1]